Harga kami bermula dari RM1110 untuk pakej Custom Album, dan RM760 untuk pakej Sticky Album.

Hubungi segera di talian 019-4633007 bagi mendapatkan sesi anda.



06 Mac 2010

Qamarina & Razin, Merbok

Dah lama sangat peram gambar diorang nih. Baru hari nih dapat upload. Album diorang pun dah hampir siap. Maaf, lambat, hehehe...

Terima kasih kepada Q dan suami kerana mempercayai IndahPandang. Walaupun kita tidak pernah bersua-muka, namun anda berdua amat mempercayai IndahPandang. Terima kasih sekali lagi.

Seperti yang saya janjikan, ini ada dua keping gambar yang sempat saya pilih untuk tatapan Q dan suami tercinta.

Semoga kedua-dua mempelai ini mendapat keberkatan dari yang Maha Esa sentiasa. Amin...

Kepada yang masih teragak-agak untuk mengambil IndahPandang sebagai pasukan fotografi rasmi anda, usah berlengah lagi. Kami janjikan kualiti gambar, album dan harga yang terbaik (dan berpatutan) untuk anda.

Shah
Pengurus & Jurufoto
019-4633007
www.indahpandang.com

08 Februari 2010

Iza dan Faizi, Penang

Istimewa untuk Iza dan Suami...

Shah

05 Januari 2010

From Taiping With Love...

Taiping lagi... Hehehe...

Kali ni saya mulakan sesi dengan outdoor shooting sebelum ke rumah mempelai.

Seronok amik gambar diorang nih walaupun masa agak terhad. Sesi tengahari bermula jam 12 tengahari sehinggalah kira-kira jam 1. Kemudian pihak pengantin kembali ke Kamalodge Inn untuk persalinan kedua yang akan digunakan bagi majlis resepsi mereka.

Dibawah ni ada beberapa keping gambar mereka. Yang lain-lain sila Klik DISINI untuk melihat.

Shah
Pengurus & Jurufoto
019-4633007

02 Januari 2010

Ana & Oun, Pre-wedding

Pertama kali buat sesi pre-wedding sepanjang menjadi fotografer. Tak banyak yang saya buat. Lebih kurang macam sesi-sesi lain juga. Bezanya diorang ni belum berkahwin lagi...

Ana ni sepupu isteri saya. Jadi semua kelengkapan busana, aksesori dan mekap diuruskan butik pengantin Indah Kasih.

Tak pandai nak taip banyak-banyak. Tengok la 4 keping gambar diorang yang saya sempat snap dan pilih untuk diletakkan di blog ini.
Sudi-sudilah komen... hehehe...

Shah
Pengurus & Jurufoto
019-4633007

31 Disember 2009

Izzuddin & Nurul, Masjid Negeri Pulau Pinang

Izzuddin ni orang Teluk Intan. Sanggup turun ke Penang dari sana semata-mata nak berbincang pasal sesi fotografi dengan company saya. Walaupun tak banyak cuti yang dia ada. Bekerja sambil belajar bukan keja mudah. Kejap nak studi, kejap nak selesaikan hal keja. Pastu nak datang Penang pulak jumpa saya. Hehehe...

Majlis akad nikah diorang nih berlangsung tahun lepas, 2009. Tapi bukan lama sangat pun, bulan November yang lalu jer...

Gambar-gambar resepsi kedua-dua belah pihak akan menyususl kemudian. Nak tunjuk gambar akad nikah dulu.










Shah
Pengurus & Jurufoto
019-4633007
personal blog

Azreen & Alia, Pulau Pinang

Betapa kurangnya assignment fotografi di Pulau Pinang. Boleh dikira dengan jari. Ini maknanya, saya tak kacau sangat dunia perniagaan fotografi perkahwinan di Pulau Pinang. Walaupun ofis saya di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang boleh dikatakan suku penduduk Melayu di sini adalah jurufoto perkahwinan. Terlalu ramai yang hebat-hebat (tidak kurang juga yang sebaliknya). Pasaran disini juga sudah tepu. Yang bertuah sahaja akan dapat banyak assignment fotografi. Huh..!

Kreativiti dan idea, itulah yang selalu dan perlu bagi para fotografer perkahwinan miliki untuk terus 'hidup' dalam industri yang semakin mencabar. Website kena hack, kutuk - mengutuk di depan klien akan keburukan sesuatu syarikat @ individu yang menjalankan perniagaan fotografi.

Itu semua sudah asam garam dalam sesuatu perniagaan. Kalau tiada ini semua, masakan Datuk Tony Fernandez boleh kaya raya, Datuk Mustafa Kamal miliki taman tema sendiri atau Kak Bedah Jalinan Kasih boleh buka sehingga 6 cawangan butik pengantin sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Mencabar dunia perniagaan ni...

___________________________________________

Azreen & Alia

Sepasang merpati dua sejoli yang memang sama cantik dan sama padan. Seronok saya buat coverage majlis diorang nih. Walaupun telefon bimbit saya hampir dicuri budak pemain kompang... Siap dah tanggal bateri telefon saya tu... Ish.. Ish.. Ish..

Azreen anak sulung dari 4 adik - beradik dan bekerja di Pelabuhan. Manakala Alia pula bekerja sebagai Toll Gate Girl...

Tapi diorang nih bukan berjumpa di tol... Macamana diorang berjumpa, biarlah rahsia... Hehehe... Saya tahu, tapi taknak citer...

Kita layan gambar diorang...

Shah
Pengurus & Jurufoto
019-4633007
personal blog

Giler Sale!!! 2010